Nota Ringkas
STRES
KONSEP
Pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini.
(Kyriacou, 2000)
Bebanan mental dan
fizikal. Hal ini perlu ditangani kerana ianya melibatkan kesihatan mental
individu.
(Soluf, 1999)
Satu penyakit yang
menyerang fizikal dan mental. Kesihatan mental yang dimaksudkan ialah kebolehan
mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil
bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat
masyarakat.
(Kementerian
Malaysia: Kempen Cara Hidup Sihat, 2000)
JENIS-JENIS STRES
Here and Now
Stress
Anticipitation
Stress Imaginatif
Stress Reaktif
Stress Negatif
PUNCA-PUNCA STRES
-Menurut Dunham
& Varma (1998)...
Mengajar murid
yang kurang bermotivasi
Mengawal disiplin
bilik darjah dan sekolah
Tekanan masa dan
beban kerja
Menangani
perubahan
Dinilai oleh pihak
lain
Mempunyai kaitan
kerja dengan rakan lain
Konsep kendiri dan
status
Pihak pentadbiran
dan pengurusan
Konflik peranan
dan tidak jelas
Persekitaran kerja
yang tidak kondusif
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM STRES
Kognitif
masalah ingatan,
kurang memberi tumpuan, membuat penilaian yang tidak tepat, kerap bimbang,
berpandangan negatif
Emosional
tanda-tanda muram,
cepat marah, tidak boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa sunyi, murung atau sedih
Fizikal
sakit sendi,
cirit-birit, sakit kepala, pening, sakit dada, masalah pencernaan, denyutan
jantung pantas, ulser mulut, penurunan seks, kerap mendapat selsema
Tingkah Laku
makan lebih atau
kurang, tidur terlalu banyak atau kurang, menyendiri, menangguh atau
mengabaikan tanggungjawab, merokok, minum arak, mengambil dadah, resah,
menggigit kuku, mundar-mandir
KESAN STRES
Jika stres
berpanjangan, kemungkinan besar kes kronik seperti tekanan darah akan
meningkat. Risiko lain ialah strok, serangan jantung, masalah tidak dapat
tidur, bimbang dan murung. Tahap stres adalah berbeza mengikut individu
tertentu.
LANGKAH MENANGANI STRES
Guru perlu belajar
mengatakan tidak dalam kehidupan peribadi atau profesional.
Mengelakkan diri
daripada individu yang menyebabkan stres.
Kongsi masalah
atau meluahkan dengan orang yang boleh dipercayai.
Melibatkan diri
dengan forum atau perbincangan.
Banyakkan membaca.
Teknik yoga dan
pernafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot.
Mengelakkan diri
mencapai tugas yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian.
BURNOUT
KONSEP
Satu keadaan di
mana berlakunya daya fizikal, emosi dan mental disebabkan oleh penglibatan
jangka panjang dalam tekanan emosi.
(Pines &
Aronson, 1988)
Ketandusan daya
emosi, ketandusan daya fizikal, penurunan sikap dan perasaan kurang pencapaian
dalam kerjaya.
(Greenberg &
Baron, 1997)
Satu keadaan yang
disebabkan oleh dipersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang
semakin menurun.
(Schwab et al,
1986)
PUNCA-PUNCA BURNOUT
Hasil daripada tugas
yang dibebankan oleh guru
Gaya hidup
Personaliti guru
Tekanan kerja
Kurang
pengiktirafan atas tugas atau kerja yang baik
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM BURNOUT
Fizikal
Rasa keletihan
sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit
kepala, sakit belakang dan otot.
Emosi
Rasa kegagalan dan
keraguan kendiri, kurang bermotivasi, tidak berupaya/bermaya, kurang berpuas
hati, asingkan diri, imej negatif dan sinis.
Tingkah Laku
Mengundur diri
dari tanggungjawab, asingkan diri daripada orang lain, menangguh tugas dan
mengambil masa yang lama untuk siapkan, menggunakan bahan alkohol atau ubat
untuk selesaikan masalah, mengalihkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan
tugas, datang bertugas lewat tetapi balik awal.
LANGKAH MENANGANI BURNOUT
Latihan atau sesi
pengenduran dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi,
membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
Bengkel pengurusan
masa.
Program pementoran
untuk guru novis.
Bengkel pengurusan
stres.
Aktiviti
perkembangan profesional guru.
Latihan rekreasi.
Latihan pemakanan.
Sumber Rujukan:
http://www.rasdian.edu.my/pengurusan_stress.htm
http://www.scribd.com/doc/55856877/37/Definisi-Stress
http://kajianpsikologi.blogspot.com/2012/02/definisi-stres.html
http://eprints.utm.my/6472/1/ThurayyaOthmanMFP.pdf
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_06_2005/abdul_latif_2005.pdf
Noriati A. Rashid
et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Syed Ismail bin
Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa,
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan